Wednesday, March 4, 2020

GOUT OH GOUT





Satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

FAKTOR RISIKO

· Jantina : Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup : Individu yang banyak minum minuman keras lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti : Individu yang mempunyai berat badan > 66 kg daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat : Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

· Genetik : 1 drpd 4 pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur : Menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30-50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.


MEWARISI

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang
Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

DIET RENDAH PURINE
  • Ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
  • Strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • Elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protien
  • Hadkan daging kepada satu hidangan sehari

JANGAN MAKAN!!!

  • Sweetbreads, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
  • Sardin
  • Ikan bilis
ELAKKAN DEHIDRASI:
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan & membantu proses penyingkiran urate


CUBA ELAKKAN makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.


Suplement Shaklee untuk pesakit GOUT

1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.



2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.



3. Omega guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. 


Untuk maklumat lanjut:
Hubungi/SMS: Hazzila (017-3144976) (ID: 1351669)
Email: rafflesia_83@hotmail.com


👉 Daftar sebagai ahli 
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1351669


No comments:

Post a Comment